Sejarah Penubuhan Tabung Haji Di Malaysia

Jemaah haji pada masa lalu terpaksa menggadaikan harta, tanah dan haiwan ternakan untuk menunaikan ibadah haji di Mekah. Perkara seperti ini berlaku sehingga tahun 1970 an kerana kos untuk tambang dan pengurusan ke Mekah agak besar bagi masyarakat ketika itu.

Untuk menunaikan ibadah haji pada masa lalu, setiap individu perlu mengeluarkan kos dengan kadar kos berharga RM1,150 untuk kelas 1, RM1,063 untuk kelas 2 dan RM941 bagi kelas 3.

Dengan nilai yang tertera diatas, maka tidak hairanlah orang Islam dalam negara kita pada ketika itu sanggup bergolok bergadai untuk memastikan salah satu rukun Islam ini dipenuhi.

Selepas selesai menunaikan ibadah haji, bukan semua jemaah yang mahu pulang kembali ke negara masing-masing. Ada yang memilih untuk terus menetap di sana dan apa yang menyedihkan ada juga yang meninggal dunia dalam perjalanan pulang sehingga memerlukan pengebumian di laut.

Kapal laut yang lebih pantas mula digunakan dalam tahun 1950 yang mana ia mampu untuk menghantar jemaah dalam tempoh 2 minggu berbanding berbulan lamanya.

Sejarah Penubuhan Tabung Haji Di Malaysia

Bermula dalam tahun 1977, jemaah haji di Malaysia tidak lagi menggunakan kapal laut untuk ke Mekah. Sejak tahun tersebut, jemaah haji di Malaysia menggunakan kapal terbang untuk perjalanan ke Mekah.

Tempoh perjalanan dari Malaysia ke Mekah yang mengambil masa selama 2 minggu sebelum ini dengan menggunakan kapal laut telah dapat dipendekkan menjadi beberapa jam sahaja melalui kapal terbang.

Tabung Haji adalah singkatan kepada Lembaga Tabung Haji yang mana sebelum ini ia dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau LUTH di Malaysia.

Seperti kita semua sedia maklum, peranan Lembaga Tabung Haji adalah untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji setiap tahun.

Bangunan ibu pejabat Tabung Haji yang dikenali sebagai Menara Tabung Haji Tun Razak terletak di berlokasi di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah institusi kewangan yang sentiasa memastikan perjalanan operasi haji berjalan lancar dan efisyen.

Lembaga Tabung Haji telah ditubuhkan dalam tahun 1969 yang mana pada waktu itu Tabung Haji dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) sebelum ia ditukarkan kepada Tabung Haji dalam tahun 1995.

Sejarah Penubuhan Tabung Haji Di Malaysia

Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) adalah merupakan agensi gabungan antara Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (PWSBH) yang ditubuhkan dalam tahun 1963 dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang telah ditubuhkan dalam tahun 1951.

Sebelum wujudnya Tabung Haji, tidak ada mana-mana institusi kewangan Islam bagi membolehkan umat Islam di Malaysia mengumpul wang untuk menampung kos perbelanjaan untuk menunaikan ibadah haji.

Sejarah Penubuhan Tabung Haji Di Malaysia

Ketika itu, telah wujud beberapa bank konvensional di Malaysia tetapi umat Islam enggan menabung dan menyimpan wang dengan bank-bank konvensional untuk tujuan mengerjakan ibadah haji kerana bimbang akan wujudnya unsur-unsur syubhah.

Ini disebabkan oleh umat Islam ingin memastikan bahawa wang simpanan mereka bebas dari sebarang unsur dan amalan riba agar haji yang akan diperolehi nanti adalah haji yang mabrur.

Sejarah Penubuhan Tabung Haji Di Malaysia

Ditadbir berdasarkan kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Tabung Haji merupakan perintis dalam institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam di Malaysia menyimpan wang untuk tujuan mengerjakan ibadah haji.

Kerajaan telah menyerahkan tanggungjawab kepada Tabung Haji untuk menguruskan pelbagai kemudahan demi kebajikan jemaah haji negara ini secara komprehensif dan sistematik.

Sejarah Penubuhan Tabung Haji Di Malaysia

Antara tugas Tabung Haji adalah pengurusan simpanan (deposit) yang terbaik serta halal, selain aktiviti pelaburan bagi tujuan memberi nilai tambah kepada pengurusan haji dan pembayaran hibah kepada para pendeposit.

Tabung Haji telah menguruskan deposit melebihi RM73 billion sehingga tahun 2017. Perniagaan Tabung haji bukan sahaja tertumpu kepada pengurusan Haji di dalam negara, malah Tabung haji turut menceburi bidang pelaburan di luar negara.

Antara pelaburan luar negara Tabung Haji ialah di Indonesia dalam sektor perladangan, dan di United Kingdom serta Australia dalam sektor kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas, hospitaliti, pelaburan hartanah dan juga dalam sektor pembinaan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here