Sekolah Paling Tua Di Negeri Sabah

Sekolah paling tua di negeri Sabah adalah Sekolah Menengah St Mary yang terletak di dalam daerah Sandakan, Sabah. Sekolah ini adalah merupakan sekolah pertama yang dibina di negeri Sabah.

Sekolah ini dibina atas inisiatif Paderi Prenger iaitu pada 24 Julai 1883 yang mana ia dibina untuk memenuhi keperluan pendidikan penduduk setempat ketika itu.

Dengan penubuhan sekolah ini, ia berjaya memuatkan seramai 5 orang pelajar. Oleh sebab sambutannya tidak begitu menggalakkan, maka sekolah itu akhirnya ditutup pada akhir tahun 1885.

Paderi Prenger juga telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan Sandakan kerana keadaan Sandakan dan kemudahan asas serta kebesihan pada masa itu dikatakan kurang memuaskan.

Selang selepas 2 tahun bertarikh 15 Ogos 1887, sekolah ini dibuka kembali oleh seorang paderi lain yang sememangnya dihantar ke Sandakan untuk membuka semula sekolah tersebut.

Sejak awal penubuhan sekolah, ia kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1888, kira-kira hanya terdapat 12 orang pelajar sahaja yang berdaftar dan hanya terdapat satu bangunan yang didirikan untuk tujuan pembelajaran.

Untuk membiayai keperluan kos operasi supaya sekolah ini dapat diteruskan beriperasi, pelbagai kempen dan tindakan telah dijalankan. Antaranya adalah paderi Byron iaitu paderi yang membuka sekolah ini semula telah menyahut cabaran untuk berjalan ayam dari sekolah ke bandar Sandakan.

Kempen beliau itu telah berjaya mempeoleh kutipan wang sebanyak $100 dan kemudian ramai orang turut serta dalam membantu dengan memberi sumbangan kepada pihak pengurusan sekolah tersebut dengan harapan sekolah tersebut kekal wujud dan dapat membantu anak-anak penduduk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.

Sekolah Paling Tua Di Negeri Sabah

Dalam tahun 1920, paderi Fr. Stotter mula mengambil alih urisan pentadbiran sekolah. Pada masa ini, sudah terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan seperti bangunan tiga tingkat, bilik darjah untuk pelajar, bilik paderi atau bilik guru.

Dalam tahun 1933 pula, bertambah selangkah kemajuan sekolah ini dengan majalah sekolah yang pertama telah diterbitkan dan dikeluarkkan oleh seorang paderi iaitu Fr. Lawrence Marshall.

Namun sewaktu perang dunia ke 2 melanda, pihak tentera Jepun telah memusnahkan beberapa bangunan yang ada di Sabah dan bangunan Sekolah St Mary turut menjadi mangsa serangan perang.

Selepas perang dunia ke 2 tamat, sekolah St Mary masih tetap dibuka dan beroperasi walaupun yang tinggal hanyalah di sebuah pondok kecil.

Sekolah Paling Tua Di Negeri Sabah

Pada tahun 1952 paderi Fr. Mulders telah dihantar untuk memulihkan semula sekolah ini dan akhirnya dengan derma daripada pelbagai pihak termasuk penduduk tempatan sekolah St Mary telah dibangunankan semula.

Diolah daripada buku panduan peraturan sekolah (edisi kedua 1995)

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

+ 1 = 2