Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah satu badan eksekutif kerajaan negara kita, Malaysia. Barisan kabinet kerajaan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan ia adalah merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen.

Seperti yang telah diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, setiap anggota kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong akan melantik semua menteri atas nasihat dan cadangan Perdana Menteri. Namun begitu, seorang individu yang akan menjawat jawatan Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu di Dewan Rakyat.

Kabinet Malaysia dalam tahun 1957 atau lebih tepat lagi sebutan sebagai Jemaah Menteri Malaysia yang pertama telah diumumkan oleh Ketua Menteri pada waktu itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku perdana menteri Malaysia yang pertama.

Pada tarikh 28 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengumumkan barisan kabinet kerajaan dalam satu sidang media yang telah diadakan di Kuala Lumpur menjelang Tanah Melayu mengumumkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Ketua Menteri dan Menteri Luar Negeri – Tunku Abdul Rahman

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertahanan – Tun Abdul Razak

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Kewangan- Kol Sir Henry Han Shik Lee

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Mutlak (Tidak Berjawatan), Wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Duta Besar Malaysia ke Washington DC – Ismail Abdul Rahman

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Dalam Negeri dan Keadilan – Sulaiman bin Abdul Rahman

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Perniagaan dan Perusahaan- Tan Siew Sin

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Kesihatan – V.T. Sambanthan

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi – Mohamad Khir Johari

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat – Ong Yoke Lin

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Pengangkutan – Abdul Rahman bin Taib

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Hasil-Hasil Bumi – Bahaman Samsudin

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Pertanian – Abdul Aziz Ishak

Senarai Jemaah Menteri Malaysia Yang Pertama

Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom – Sardon Jubir

Barisan kabinet kerajaan yang pertama ini telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agung untuk disahkan. Semua nama telah ditukar kecuali 3 nama iaitu Kol. Sir Henry Han Shik Lee sebagai Menteri Kewangan, Encik Abdul Aziz Ishak sebagai Menteri Pertanian dan Encik Sardon Jubir sebagai Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom.

Mesyuarat Menteri Kabinet yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada tarikh 10 September 1957 di bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Tanah Melayu pada waktu itu telah memangku jawatan itu sebelum merdeka lagi.

Sebelum itu, jawatan tersebut dijawat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan cukup nostalgia dan amat membanggakan bahawa inilah kali pertama anak peribumi mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here