Senarai Timbalan Perdana Menteri Malaysia Sejak 1957

Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah jawatan dalam politik kedua tertinggi Kerajaan Malaysia. Setakat ini, jumlah bilangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah seramai 12 orang.

Era Kemerdekaan Malaysia (1957-1970)

Mantan Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.

Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein

Timbalan Perdana Menteri yang pertama ialah Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.

Era Pembangunan Malaysia (1970-1976)

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein mempunyai seramai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.

Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman

Timbalan Perdana Menteri ke 2 Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meninggal dunia sewaktu dalam perkhidmatan iaitu pada 2 Ogos 1973.

Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn

Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Allahyarham Tun Hussein bin Dato’ Onn sebagai Timbalan Perdana Menteri ke 3.

Era Perpaduan Malaysia (1976-1981)

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato’ Onn hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.

Sewaktu Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 3, jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi kosong selama 974 hari.

Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

Kemudian pada 15 September 1978, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke 4.

Era Pemodenan Malaysia (1981-2003)

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.

Tun Musa bin Hitam

Timbalan Perdana Menteri ke 5, Tun Musa bin Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meletakkan jawatan.

Allahyarham Tun Ghafar bin Baba

Timbalan Perdana Menteri ke 6, Allahyarham Tun Ghafar bin Baba meninggal dunia pada 23 April 2006.

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Manakala Timbalan Perdana Menteri ke 7, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pula merupakan Timbalan Perdana Menteri yang pertama yang dipecat daripada Kerajaan.

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi

Susulan daripada pemecatan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi menggantikan tempat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke 8.

Era Pembangunan Modal Insan Malaysia (2003-2009)

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.

Sewaktu Tun Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 5, jawatan Timbalan Perdana Menteri mejadi kosong sekali lagi tetapi hanya selama 68 hari sahaja.

Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Kemudian pada 7 Januari 2004 Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke 9.

Era Transformasi Malaysia (2009-2018)

Perdana Menteri Malaysia ke 6 iaitu Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan timbalan beliau yang pertama tetapi disingkirkan daripada jawatan tersebut pada 29 Julai 2015 atas sebab menegur cara beliau menanggani isu 1Malaysia Development Berhad.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kemudian, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menggantikan tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri ke 11.

Era Harapan Malaysia (2018-kini)

Perdana Menteri Malaysia ke 4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 7. Mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri setakat ini iaitu Dato’ Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail.

Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama dan juga Timbalan Perdana Menteri yang pertama selain dari parti Barisan Nasional.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

12 − = 2