Serangan Tentera Jepun Di Muar, Johor

Tidak mungkin mereka golongan veteran dalam negara kita yang mana hari ini mungkin sudah ramai yang tiada akan dapat lupakan tentang peristiwa yang berlaku di Muar, Johor pada tarikh 11 Januari 1942.

Pada tarikh tersebut, telah berlaku satu peristiwa dimana bandar Muar di Johor telah dibom oleh pihak tentera Jepun. Pengeboman bandar Muar itu menandakan saat-saat akhir kejatuhan Tanah Melayu ke tangan Jepun.

Hal ini adalah kerana kedudukan dan lokasi kawasan Muar dianggap sebagai satu kawasan yang strategik buat pertahanan di selatan Tanah Melayu dan bandar Muar juga dianggap sebagai kubu kedua selepas negeri Kedah.

Serangan bom ini telah dilakukan oleh pasukan tentera udara Jepun dan akibat daripada serangan ini, pihak Jepun kemudiannya berjaya menguasai tebing utara sungai Muar.

Sungai Muar adalah merupakan halangan terakhir di Tanah Melayu yang pihak Jepun perlu dan terpaksa tempuh untuk mereka sebelum sampai ke kawasan bandar Johor Bahru.

Serangan-serangan bom ini juga telah dibantu oleh kemaraan pasukan ke 15 tentera Jepun yang berjalan kaki dan pasukan tersebut diketuai oleh Jeneral Nizhimura.

Serangan Tentera Jepun Di Muar, Johor

Mereka melakukan serangan tiga penjuru dan terus bergerak menyusur pantai dari muara sungai Muar menuju ke muara sungai Kesang. Dengan menggunakan jambatan yang dibina atas perahu-perahu, pasukan tentera Jepun ini dengan mudah menyeberangi sungai Muar.

Serangan Tentera Jepun Di Muar, Johor

Bukan dengan berjalan kaki sahaja, tentera Jepun juga menyeberangi sungai Muar dengan menggunakan kereta-kereta kebal dengan menggunakan jambatan yang dibina atas perahu-perahu.

Selepas 5 hari daripada pengeboman bermula iaitu pada tarikh 16 Januari 1942, pihak tentera Jepun akhirnya telah berjaya menguasai sungai Muar sepenuhnya.

Untuk mempertahankan kawasan Muar di Johor, pihak Inggeris kemudian telah menghantar pasukan Brigade ke 45 Infantry India dan pasukan Australian Imperial Force dibawah arahan Leftenan General Bennets.

Oleh kerana pasukan Brigade ke 45 Infantry India ini baru tiba dan tidak punyai sebarang pengalaman perang sebelum ini, telah menyebabkan pasukan tentera Jepun dapat menawan bandar Muar dengan begitu mudah.

Serangan Tentera Jepun Di Muar, Johor

Pihak Inggeris akhirnya akur dengan kekalahan dan terpaksa berundur dan cuba buat serangan balas di kawasan Bakri namun akhirnya gagal. Pada tarikh 20 Januari 1942, tentera yang bertahan di Bakri diarahkan untuk berundur.

Pihak tentera Jepun terus mara dan menawan Batu Pahat, Kluang dan seterusnya kawasan Ayer Hitam. Pihak Inggeris menyedari akan suasana getir dan bahaya jika mereka terus menapak di negeri Johor.

Oleh yang demikian, pihak Inggeris telah bersidang di pejabat Third Indian Corps dan mengambil keputusan untuk berundur dari negeri Johor mulai 28 Januari 1942 atau selewat-lewatnya pada 31 Januari 1942.

Serangan Tentera Jepun Di Muar, Johor

Dengan pengunduran pihak Inggeris di Johor, maka berakhirlah pertahanan British di Tanah Melayu. Dengan jatuhnya Muar ke tangan Jepun secara tidak langsung terus mematikan harapan mereka untuk menyekat kemaraan tentera Jepun.

Rujukan

  • Arkib Negara Malaysia
  • Berita Harian 28 Januari 2016
  • The Straits Times, 12 Januari 1942, hal. 2
  • Ghazali Bin Mahyuddin, Johor semasa pendudukan Jepun 1942 – 1945, hal. 4

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here