Strategi 4 Perkara Yang Diumumkan Oleh Tun Abdul Razak

Pada 22 Januari 1971, perdana menteri Malaysia pada waktu itu iaitu Tun Abdul Razak telah mengumumkan strategi empat perkara. Strategi ini adalah merupakan satu kertas putih yang bertujuan untuk meminda empat fasal penting dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tujuan utama empat fasal penting dalam Perlembagaan Persekutuan dipinda adalah untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi di masa hadapan.

Pengumuman ini telah disampaikan oleh Tun Abdul Razak dalam ucapannya di Perhimpunan Agong Bersama Pemuda dan Kaum Ibu UMNO. Beliau percaya bahawa selepas pindaan tersebut diluluskan oleh parlimen, maka barulah pemerintahan demokrasi akan dipulihkan.

Strategi 4 Perkara Yang Diumumkan Oleh Tun Abdul Razak

Beliau seterusnya menambah bahawa perkara-perkara itu tidak boleh lagi dipinda oleh mana-mana pihak pada bila-bila masa pun. Strategi empat perkara yang dibentangkan dalam Parlimen adalah:

  1. Memberi kuasa kepada Parlimen meluluskan undang-undang melarang rakyat mempersoal apa-apa perkara, hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak mutlak yang wujud atau diperlindungi oleh fasal-fasal mengenai perkara kewarganegaraan. Bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa kaum lain dan kepentingan sah kaum kaum lain dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
  2. mentafsirkan bahawa perkataan tujuan-tujuan rasmi mengenai perkara penggunaan bahasa kebangsaan ialah bererti semua urusan pihak-pihak berkuasa awam.
  3. memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong mengarahkan mana-mana Universiti, Maktab dan lain-lain pusat pelajaran tinggi supaya menetapkan kepada orang Melayu sejumlah tempat-tempat yang pada pertimbangan baginda adalah munasabah.
  4. memaktubkan fasal-fasal mengenai kewarganegaraan, pindaan kepada soal-soal sensitif dan Bahasa Kebangsaan supaya fasal-fasal ini tidak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan Majlis Raja-raja.

Kertas putih menyatakan pindaan-pindaan yang dicadangkan itu mempunyai dua tujuan utama. Ianya adalah seperti yang tertera dibawah.

  1. untuk mencegah perbincangan awam mengenai perkara-perkara sensitif supaya demoktrasi berpalimen berjalan lancar.
  2. untuk memperbaiki keadaan tidak seimbang antara kaum dalam lapangan tertentu negeri serta memupuk semangat perpaduan negara.

Strategi 4 Perkara Yang Diumumkan Oleh Tun Abdul Razak

Sesungguhnya, strategi empat perkara yang telah diumumkan oleh Tun Abdul Razak pada tarikh tersebut diharapkan pada waktu itu dapat menggalakkan perhubungan mesra diantara semua kaum.

Rujukan:

  • Berita Harian, 23 Januari 1971, hal.5
  • Utusan Malaysia, 23 Januari 1871, hal. 1

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

78 − = 77