Sudirman, Penghibur Nombor 1 Asia Meninggal Dunia

Sudirman Bin Haji Arshad adalah seniman yang amat popular satu ketika dahulu dan beliau adalah merupakan salah seorang penyanyi dalam negara kita, Malaysia sewaktu zaman kegemilangannya dalam era 70 dan 80 an.

Tokoh hebat ini dilahirkan pada hari Rabu bersamaan dengan tarikh 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Sudirman adalah merupakan anak kepada Hajah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.

Dikatakan bapa kepada Sudirman ini mendapat ilham untuk menamakan beliau sebagai Sudirman dengan mengikut sempena nama seorang pahlawan dari Indonesia yang bernama Soedirman kerana mahukan anaknya menjadi seorang pahlawan yang hebat.

Sudirman juga mesra disapa dengan nama penanya iaitu Diman oleh ahli keluarga serta sahabat rapat. Ibu bapanya pernah menjual kain ela dan pakaian serta mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan.

Sudirman, Penghibur Nombor 1 Asia Meninggal Dunia

Soedirman

Penghibur Nombor 1 Asia ini adalah anak bongsu dalam keluarga. Sejak kecil lagi dikatakan beliau sering menyanyi di mana sahaja. Zaman persekolahan pula, Sudirman gemar memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater serta koir sekolah.

Sudirman menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Abu Bakar di Mentakab, Pahang, Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia di Temerloh, Pahang dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar di Kuantan, Pahang.

Sudirman, Penghibur Nombor 1 Asia Meninggal Dunia

Kemudian, beliau menjalani kursus persediaan di Institut Teknologi Mara, Petaling Jaya dan beliau juga pernah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi menolak tawaran tersebut.

Pada tahun 1976, Sudirman telah melanjutkan pelajaran dalam Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan pada tahun 1980, beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga.

Dalam tahun 1983, Sudirman terus menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.

Pada mulanya, Sudirman telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau berjaya dan telah dinobatkan sebagai juara Bintang RTM pada tarikh 11 Ogos 1976 di Dewan Pay Fong, Melaka.

Sudirman, Penghibur Nombor 1 Asia Meninggal Dunia

Sudirman di Bintang RTM 1976

Pada zaman hidupnya, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran Penghibur Nombor 1 Asia pada tarikh 19 Mac 1989 sebelum kehadiran Siti Nurhaliza yang menyandang gelaran tersebut selepas hampir 1 dekad.

Selain daripada gelaran Penghibur Nombor 1 Asia, Sudirman juga punyai gelaran lain yang amat menarik seperti Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.

Sudirman, Penghibur Nombor 1 Asia Meninggal Dunia

Beliau adalah seorang individu yang amat berkebolehan dalam pelbagai perkara. Antaranya adalah penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.

Sepanjang 16 tahun berada dalam kerjayanya dalam lapangan industri muzik, arwah Sudirman telah merakamkan sebanyak 15 album studio, 52 album kompilasi dan puluhan lagu hits. Beliau bukan sahaja banyak memenangi pelbagai anugerah tempatan malah banyak meraih pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Dalam bidang keusahawanan, Sudirman pernah menubuhkan sebuah syarikat perusahaannya yang tersendiri bernama Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan modal kira-kira RM3 juta.

Sudirman, Penghibur Nombor 1 Asia Meninggal Dunia

Syarikatnya ini mengeluarkan produk minuman tin berkarbonat jenama Sudi. Pada waktu itu, produk minuman tin berkarbonat jenama Sudi amat terkenal dan menjadi pilihan orang ramai.

Kejayaan beliau dalam bidang keusahawanan telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. Pada tarikh 9 Mac 1991, Sudirman telah mengadakan konsert di tapak Expo Air Keroh, Melaka dan konsert tersebut adalah percuma anjuran syarikatnya Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka.

Sudirman, Penghibur Nombor 1 Asia Meninggal Dunia

Beliau juga pernah membuka kedai bernama Sudi Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular dan cendera hati keluaran dirinya, termasuk jenama cermin mata hitam yang gemar dipakainya.

Sudirman juga merancang untuk mengeluarkan Sudi Rasa iaitu jenama untuk produk makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa, buah-buahan, koktel dan mee segera.

Tidak cukup dengan itu, Restoran Selera Sudi yang terletak berhampiran pejabat urusannya Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas juga dibuka untuk orang ramai.

Dalam tahun 1983, Sudirman telah menubuhkan Sudirman Productions dengan hanya seorang pekerja. Pada tahun 1987, Sudirman telah menghasilkan sebuah album berjudul Sahabat untuk anak saudara kesayangannya bernama Razman Azrai Zainudin (Atai) di bawah Sudirman Productions.

Sudirman mula jatuh sakit sejak 17 Julai 1991 dan beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal, Kuala Lumpur selama 4 hari kerana pengsan setelah terjatuh.

Sejak itu, perniagaan beliau mula ditutup dalam bulan September 1991 kerana tiada siapa yang dapat menguruskan. Sudirman terlantar sakit selama 7 bulan dan keluarganya telah merahsiakan punca penyakit dan lokasi beliau dirawat.

Sudirman, Penghibur Nombor 1 Asia Meninggal Dunia

Pada tarikh 22 Februari 1992 bersamaan dengan hari Sabtu tepat jam 4:00 pagi, Sudirman akhirnya telah meninggal dunia sewaktu berada di kediaman kakaknya di Bangsar, Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia).

Sudirman, Penghibur Nombor 1 Asia Meninggal Dunia

Pusara Sudirman di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh

Jenazah Allahyarham Sudirman telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh pada hari yang sama beliau meninggal dunia berdekatan dengan pusara ibu bapanya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here