Sulaiman Court, Tapak Asal Pasaraya Sogo

Sulaiman Court adalah merupakan bangunan pangsapuri paling tinggi yang pertama wujud di bandaraya ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia.

Sebelum wujudnya Sogo, bangunan Sulaiman Court ini telah dibina atas arahan Perdana Menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman dengan bertujuan untuk menyediakan rumah kepada rakyat dengan harga mampu milik di Kuala Lumpur.

Nama Sulaiman Court iaitu nama kapada bangunan pangsapuri ini diambil sempena nama Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke 6).

Sulaiman Court, Tapak Asal Pasaraya Sogo

Bangunan pangsapuri bernama Sulaiman Court ini telah dibina dalam tahun 1957 sejak Persekutuan Tanah Melayu menghampiri kemerdekaan rasmi daripada United Kingdom.

Semasa dalam pembinaan, Tunku Abdul Rahman mengharapkan bangunan ini bukan sahaja siap dibina, malah sudah didiami oleh rakyat sewaktu negara mencapai kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957.

Sulaiman Court, Tapak Asal Pasaraya Sogo

Malangnya hasrat Tunku Abdul Rahman tidak kesampaian apabila pangsapuri yang membanggakan ini masih tidak diduduki oleh sesiapa sehingga bulan Februari 1958.

Terdapat tiga blok pada pangsapuri ini iaitu Blok A, Blok B dan Blok C yang terletak di Batu Road (kini dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Rahman).

Sulaiman Court, Tapak Asal Pasaraya Sogo

Pangsapuri Sulaiman Court ini mempunyai sebanyak 295 rumah dan dalam tahun 1986, semuanya telah dirobohkan kerana untuk memberi ruang kepada pembinaan kompleks membeli-belah Sogo.

Sulaiman Court, Tapak Asal Pasaraya Sogo

Itulah serba sedikit kisah tentang sebelum berdirinya bangunan Sogo yang dapat kita lihat hari ini di lokasi yang sama. Sogo ialah sebuah rangkaian gedung serbaneka yang mengendali berpuluh-puluh cawangan di Jepun.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

9 + 1 =