Sultan Pahang Ke 5 Serah Takhta Selepas 45 Tahun

Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang ke 5) telah menyerahkan takhta kepada anakanda baginda iaitu Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang ke 6) selepas memerintah negeri Pahang hampir 45 tahun.

Pengumuman berhubung dengan pelantikan Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang ke 6 telah oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar di Pekan pada tarikh 12 Januari 2019.

Cadangan untuk melantik Sultan Abdullah dinaikkan takhta sebagai Sultan Pahang adalah dibuat ekoran dengan keadaan Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang ke 5) yang kini berada dalam keadaan gering.

Isu ini dikemukakan pada mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada tarikh 11 Januari 2019 setelah perbincangan diadakan di kalangan kaum keluarga dan dipersetujui sebulat suara.

Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang ke 5) telah dilantik menjadi Sultan Pahang pada tarikh 7 Mei 1974 kerana kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istiadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar di Pekan pada tarikh 8 Mei 1975.

Sultan Pahang Ke 5 Serah Takhta Selepas 45 Tahun

Persandingan Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang ke 4) dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah

Baginda telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan pada 24 Oktober 1930 dan Sultan Ahmad Shah adalah merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang ke 4) dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah (Anakanda Sultan Perak ke 30).

Sultan Pahang Ke 5 Serah Takhta Selepas 45 Tahun

Baginda Sultan Ahmad Shah telah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang dalam tahun 1944, ketika berusia 14 tahun. Sultan Ahmad Shah juga pernah dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 21 September 1975 dan kemudian menjadi ketua negara apabila dipilih menjadi Yang di Pertuan Agong ketujuh yang memerintah negara pada 26 April 1979 hingga 25 April 1984.

Selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali menjadi pemerintah Pahang sehinggalah baginda jarang kelihatan di khalayak umum sejak kebelakangan ini kerana gering dan kemudian menyerahkan jawatan itu untuk dipangku oleh anakandanya Sultan Abdullah sejak tarikh 28 Disember 2016.

Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang ke 5) menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak berdekatan dengan istana nenda baginda Sultan Perak ke 30 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan.

Sultan Pahang Ke 5 Serah Takhta Selepas 45 Tahun

Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) dan Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang ke 5)

Bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoran akibar daripada perang dunia kedua dan dalam masa yang sama turut sempat mempelajari bahasa Jepun sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Apabila perang dunia kedua berakhir, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah.

Dalam tahun 1948, Sultan Ahmad Shah teruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Universiti Oxford dan Universiti Exeter, Devon di United Kingdom dalam bidang Pentadbiran Tempatan.

Baginda juga berkesempatan menjalani latihan amali di Sidmouth Urban District Council selama tiga tahun. Ketika berusia 35 tahun, baginda pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab, Pahang.

Sultan Ahmad Shah berkahwin dengan Tengku Hajah Afzan Tengku Muhammad pada tarikh 22 April 1954 dan telah dikurniakan tujuh orang anak. Dua daripadanya adalah putera manakala selebihnya adalah puteri.

Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada tarikh 29 Jun 1988, Sultan Ahmad Shah berkahwin pula dengan Sultanah Hajah Kalsom pada tarikh 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera Tengku Fahd Mu’adzam Shah.

Sultan Pahang Ke 5 Serah Takhta Selepas 45 Tahun

Sultan Ahmad Shah (Sultan Pahang ke 5)

Sultan Ahmad Shah merupakan seorang Raja yang cukup dikenali kerana berjiwa rakyat dan penuh dengan sifat rendah diri. Tanpa mengira protokol dan darjat sebagai seorang yang berdarah diraja, Sultan Ahmad Shah merupakan antara orang yang terawal akan mencemar duli melawat daerah-daerah di Pahang setiap kali berlaku bencana terutama banjir, untuk menghulur bantuan dan berkongsi derita serta keluh kesah dengan rakyat.

Bagi Sultan Ahmad Shah, rakyat adalah keutamaannya dan baginda yang lebih mesra membahasakan dirinya saya juga sentiasa memantau pembangunan di Pahang dan tidak teragak-agak untuk menegur pihak yang terlibat jika mendapati sesuatu projek itu boleh membawa mudarat kepada rakyat.

Pemasyhuran Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang ke 6 diadakan pada 15 Januari 2019.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

75 + = 77