Surat Hang Tuah Kepada Raja Ryukyu

Pada tarikh 11 April 1480, Laksamana Melaka iaitu Hang Tuah telah menyerahkan sepucuk surat kepada Raja Negeri Ryukyu di Jepun berkenaan tentang sebuah kapal Ryukyu yang terdampar di pantai Chio-Chih atau Annam Utara.

Kapal Ryuktu yang terdampar di pantai Chio-Chih itu pada mulanya bermaksud untuk mendapatkan air dikatakan telah terlibat dalam satu pergaduhan berdarah dengan orang-orang Chio-Chih.

Laksamana Hang Tuah telah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut lalu kemudian telah menghantar satu pasukan penyiasat ke Chan-Che’eng iaitu Champa yang berada di bawah kuasa Annam untuk menyiasat kejadian tersebut.

Setelah penyiasatan dijalankan dengan teliti, pasukan penyiasat ini hanya menemui dua orang Ryukyu yang mana salah seorang daripadanya telah meninggal dunia kerana sakit.

Surat Hang Tuah Kepada Raja Ryukyu

*gambaran Laksamana Hang Tuah mengikut imaginasi pengukir

Laksamana Hang Tuah juga melaporkan bahawa rombongan dagang raja Negeri Ryukyu termasuk seorang penterjemah bernama Tei Raku telah sampai ke Melaka dan setelah menjalanan perniagaan dengan aman telah kembali semula ke Ryukyu.

Melalui surat ini juga, Laksamana Hang Tuah telah memohon diberi sebilah pedang, sebatang busar anak panah dan sebuah pelana. Laksamana Hang Tuah juga menyatakan bahawa kapal-kapal Ryukyu yang datang berniaga di Melaka semakin bertambah pada setiap saban tahun dan sentiasa memberi hadiah kepada raja dan pembesar Melaka.

Surat Hang Tuah Kepada Raja Ryukyu

*teks surat dari Laksamana Hang Tuah kepada raja Ryukyu

Mengakhiri surat ini, Laksamana Hang Tuah menyatakan rasa hormat dan kepercayaannya yang tidak akan berubah terhadap raja Ryukyu.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here