Taman Putroe Phang Di Acheh Berkait Dengan Pahang

Taman Putroe Phang telah dibina sewaktu zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda (Sultan Acheh ke 12) yang memerintah Acheh sejak dari tahun 1607 hingga tahun 1636.

Sultan Iskandar Muda (Sultan Acheh ke 12) telah bangunkan kawasan taman ini untuk permaisurinya yang tercinta bernama Permaisuri Kamaliah yang berasal dari negeri Pahang.

Menurut cerita rakyat penduduk tempatan, Permaisuri Kamaliah amat merindui kampung halaman dan tempat asalnya di negeri Pahang. Hal tersebut telah diketahui oleh suaminya Sultan Iskandar Muda.

Oleh yang demikian, Sultan Iskandar Muda (Sultan Acheh ke 12) telah mengarahkan pembinaan taman ini dijalankan dengan mempunyai bukit-bukit yang seakan-akan menyerupai bukit bukau yang ada di negeri Pahang dengan harapan agar boleh terubat sedikit kerinduan permaisurinya itu terhadap kampung halaman di negeri Pahang.

Taman Putroe Phang Di Acheh Berkait Dengan Pahang

Ada juga cerita lain yang menceritakan bahawa pembinaan taman ini sebenarnya adalah merupakan permintaan dari Permaisuri Kamaliah itu sendiri setelah negeri Pahang ditakluk dan dibawa ke Acheh untuk dikahwinkan dengan Sultan Iskandar Muda.

Taman Putroe Phang Di Acheh Berkait Dengan Pahang

Selepas Acheh menakluk negeri Pahang, Puteri Kamaliah dan anak saudaranya iaitu putera kepada Sultan Ahmad Shah II (Sultan Pahang ke 11) telah dibawa ke Acheh bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Johor dan Pahang.

Kemudian, Puteri Kamaliah telah dikahwinkan dengan Sultan Iskandar Muda (Sultan Acheh ke 12) dan sejak itu terkenal dalam sejarah dan puisi (nazam) di Acheh hingga hari ini sebagai Putroe Phang.

Taman Putroe Phang Di Acheh Berkait Dengan Pahang

Hasil perkawinan Sultan Iskandar Muda dengan Permaisuri Kamaliah telah dianugerahkan seorang puteri yang bernama Puteri Sari Alam. Puteri Sari Alam kemudian telah dinikahkan dengan Sultan Iskandar Tsani (Sultan Acheh ke 13) yang merupakan putera kepada Sultan Pahang ke 11 iaitu anak saudara kepada Permaisuri Kamaliah yang bersama-sama dibawa dari negeri Pahang dahulu.

Taman Putroe Phang Di Acheh Berkait Dengan Pahang

Nama Taman Putroe Phang ini diambil dari gelaran Permaisuri Kamaliah sewaktu bergelar Puteri Pahang dalam bahasa Acheh iaitu Putroe Phang dan rakyat di Acheh menggelarkan permaisuri mereka ini dengan sebutan Putroe Phang.

Taman Putroe Phang Di Acheh Berkait Dengan Pahang

Ketika Permaisuri Kamaliah mangkat, upacara pemakaman telah dijalankan dengan penuh istiadat dan hormat. Kain jendela dan tirai istana digantikan dengan kain yang berwarna hitam sebagai simbolik berkabung.

Taman Putroe Phang Di Acheh Berkait Dengan Pahang

Gambar ilustrasi Permaisuri Kamaliah

Malangnya sehingga ke hari ini, masih tidak diketahui dimanakah lokasi sebenar makam Permaisuri Kamaliah yang turut dikenali sebagai Puteri Pahang atau Putroe Phang ini dan yang tinggal hanyalah Taman Putroe Phang sebagai kenangan di Bandar Acheh.

Rujukan:

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here