Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur adalah merupakan sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101.

Ia adalah satu kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia kerana Menara Berkembar Petronas ini adalah merupakan menara berkembar paling tinggi di dunia dan pernah memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia sejak dari tahun 1998 hingga 2004.

Nama KLCC sudah begitu sinonim dengan bangunan berkembar ini walaupun nama sebenarnya adalah Menara Berkembar Petronas. KLCC sebenarnya merujuk kepada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur City Centre) yang mana ia adalah nama kawasan di sekitar Menara Berkembar Petronas.

Pasti generasi hari ini tidak tahu tentang apa sebenarnya yang ada di tapak asal Menara Berkembar Petronas sebelum berdirinya bangunan berkembar yang menjadi kebanggaan negara Malaysia ini.

Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC

Dahulu sebelum terbinanya bangunan berkembar pencakar langit ini, tapak asal buat Menara Berkembar Petronas adalah tapak lumba kuda (Selangor Turf Club).

Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC

Pada tarikh 1 Mac 1993 adalah tarikh yang cukup bersejarah apabila kerja-kerja menggali lubang di atas tapak lumba kuda (Selangor Turf Club) ini bermula.

Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC

Kira-kira lebih kurang 500 buah trak pengangkut tanah sentiasa keluar masuk dalam kawasan pembinaan sepanjang masa siang dan malam untuk memindahkan tanah lebihan daripada kerja-kerja korek yang sedang berjalan.

Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan sedalam 30 meter (98 kaki) untuk dijadikan sebagai teras dan tapak yang kukuh buat Menara Berkembar Petronas yang bakal dibina.

Santai, ini pula adalah muzik video dari kumpulan Kafilah bertajuk Masih Adakah Sang Suria. Lokasi pengambaran dalam muzik video ini adalah di tapak asal sebelum terbinanya Menara Berkembar Petronas pada era tahun 1980 an.

Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC Tapak Asal Sebelum Terbinanya Menara Berkembar Petronas Di KLCC

Rujukan dan Kredit:

  • Azhar Haji Ali, khysweb, nt_13h, Awi Dedil
  • The Making Of KLCC, National Geography
  • Penerangan Malaysia

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 4 = 2