Nama Temasek kini mungkin dianggap sebagai satu perkataan asing yang mana rata-rata generasi baru di Malaysia tidak lagi tahu mengenainya lagi tetapi tidak buat rakyat di Singapura. Hal ini adalah kerana Temasek adalah nama asal buat kepulauan tersebut sebelum ditukarkan namanya kepada Singapura.

Perkataan Temasek ini berkemungkinan berasal dari perkataan tasek atau tasik dalam bahasa melayu lama. Tasek ini menggambarkan sebidang tanah yang dikelilingi oleh air lautan yang terbentang luas di selatan kepulauan Tanah Melayu.

Antara rekod tulisan dan catatan awal yang ada menyebut nama Temasek ada dalam rekod “Vietnamese eulogy for a deceased prince” dalam tahun 1349, “Dao yi zhi lue Description of the Barbarians of the Isles” oleh Wang Dayuan dalam tahun 1349 dan Desawarnana atau Nagarakrtagama oleh Prapanca seorang ahli istana di Majapahit dalam tahun 1365.

Nama Temasek juga muncul dalam sumber-sumber yang berkaitan dengan pelayaran Zheng He pada awal abad yang ke 15. “The Pararaton” iaitu buku raja-raja yang terdapat puisi Jawa ditulis pada abad ke 16 dan ada menceritakan tentang peristiwa di mahkamah Singhasari dan Majapahit di Jawa Timur.

Temasek juga pernah muncul dalam rekod penulisan senarai negara-negara di kepulauan Asia Tenggara oleh perdana menteri Majapahit yang bernama Gajah Mada yang pernah bersumpah untuk menakluk kepulauan kecil ini.

Temasek, Nama Asal Singapura

Fakta tentang bagaimana nama Singapura diberikan dan digantikan dengan Temasek adalah mungkin berkaitan dengan satu lokasi di India yang berkait dengan kisah Jakata. Kisah Jakata ini adalah merupakan kumpulan cerita tentang kehidupan-kehidupan Buddha. Terdapat kira-kira 547 buah kisah semuanya dan penulisan aslinya ditulis dalam bahasa Pali.

Seperti kita sudah sedia maklum, Singapura bermaksud bandar singa. Singa ini sebenarnya telah digunakan sebagai simbol Buddha dalam seni India sejak zaman Asoka lagi. Di Asia Tenggara, kawasan pertama yang dinamakan seakan Singapura terletak di kawasan Tra Kieu yang ada di Vietnam tengah.

Temasek, Nama Asal Singapura

Nama seakan Singapura juga pernah digunakan untuk kawasan lain seperti di kawasan tengah Thailand sewaktu Empayar Angkorian dalam abad ke 13 yang mana ia dikenali sebagai Singburi dalam bahasa Thai.

Tak cukup dengan itu, nama Temasek juga pernah muncul dalam rekod sejarah-sejarah Melayu. Antaranya tentang kisah Raja Suran yang berangkat untuk menakluk China dan orang cina berjaya memintasnya di Temasek. Tidak diketahui secara jelas bila sebenarnya nama Temasek ditukarkan kepada Singapura dan ternyata nama Temasek semakin dilupakan apabila orang Portugis memanggil Temasek sebagai Singapura dalam tahun 1511.

Berkemungkinan nama Temasek sudah diubah dalam sekitar tahun 1392 sewaktu Parameswara tiba di pulau tersebut walaupun ada sumber-sumber dari China yang terus menggunakan nama Temasek pada abad ke 15 kerana penulis mungkin tidak tahu tentang perubahan nama tersebut,

Sebahagian peta Mao Kun sewaktu Dinasti Ming

Sebahagian peta Mao Kun sewaktu Dinasti Ming

Singapura muncul dalam peta Mao Kun sewaktu Dinasti Ming sebagai Temasek (Danmaxi). Dalam peta Portugis yang dikumpulkan oleh de Erédia pada akhir abad ke 16 juga ada menyenaraikan beberapa nama tempat lama seperti Tanah Merah, Sungei Bedok, Tanjung Rhu, dan Belakang Mati.

Dalam peta De Erédia juga menunjukkan tanda kubu di kawasan selatan pantai singapura yang menunjukkan bahawa kesultanan Johor telah mengekalkan kehadiran secara rasmi di pulau tersebut sehinggalah kira-kira tahun 1600.

Rujukan

  1. The Vietnamese Royal Chronicle Dai Viet Su Ky Toan Thu on Temasek. (Record of 1330, Vol. 2, p. 118).
  2. Pigeaud, T. G. (1960). Java in the fourteenth century: A study in cultural history (Translation series number 4, Volumes II, III). The Hague: M. Nijhoff, Koninklijk Instituut voor Taal, Land en Volkenkunde.
  3. Krom, N. J. (1931). Hindoe-Javaansche geschiedenis (2nd rev. ed., p. 36). ‘s-Gravenhage: M. Nijhoff
  4. Machi Suhadi. (1985). Beberapa jenis pajak pada zaman Majapahit. Rapat evaluasi hasil penelitian arkeologi (II, pp. 215–228). Jakarta: Puslit Arkenas.
  5. Pirés, T. (1944). The Suma oriental of Tomé Pirés, an account of the East, from the Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512–1515, and The book of Francisco Rodrigues, rutter of a voyage in the Red Sea, nautical rules, almanack and maps, written and drawn in the East before 1515 (A. Cortesao, Trans.) (p. 262) [Microfilm: NL 14208 (Vol. 1), NL 26012 (Vol. 2)]. London: Hakluyt Society.
  6. de Erédia, M. G. (1997). Erédia’s description of Malaca, Meridional India, and Cathay (J. V. Mills, Trans.). MBRAS reprint 14. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Call no.: RSING 959.5118 GOD.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 1 = 1