Teori Asal Usul Nama Bandar Kuching Di Sarawak

Nama bandar Kuching di Sarawak seringkali dikaitkan dengan nama haiwan yang comel iaitu kucing namun adakah betul nama bandar Kuching benar-benar merujuk kepada haiwan comel ini?

Terdapat beberapa teori berkenaan dengan nama bandar Kuching di Sarawak ini yang boleh diketengahkan untuk pengetahuan am dan boleh dibincangkan jika ada alasan-alasan lain merujuk kepada asal usul nama bandar ini.

Nama bandar Kuching sebenarnya sudah lama digunakan tetapi ada pendapat yang menyatakan bahawa kawasan tersebut dinamakan sewaktu kedatangan James Brooke ke Sarawak dalam tahun 1839.

Teori yang menyatakan bahawa James Brooke memberi nama bandar Kuching dari perkataan cochin menurut istilah utama di China dan British India adalah perdagangan pelabuhan mungkin boleh disangkal kerana ada juga beberapa pendapat bahawa nama bandar Kuching ini sebenarnya sudah lama digunakan bahkan sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak lagi.

Teori Asal Usul Nama Bandar Kuching Di Sarawak

Dari teori yang diceritakan diatas, menjadi persoalan apakah nama sebenar kawasan tersebut sewaktu kawasan Kuching menjadi pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan empayar Brunei sebelum kedatangan James Brooke?

Namun, ada lagi teori lain yang mengisahkan tentang salah faham. Menurut cerita lisan penduduk tempatan, apabila James Brooke baru tiba di kawasan Kuching dengan kapal pesiarnya yang digelar Royalist, dia kemudian bertanya kepada pemandu warga tempatan yang membawanya mengenai nama penempatan tersebut.

Pemandu tempatan itu menyangka bahawa James Brooke sedang menunjuk ke arah seekor kucing yang kebetulan ada di darat, lalu ia terus mengatakan bahawa ia adalah kucing. Namun begitu, penduduk tempatan di Sarawak kebiasanya memanggil kucing sebagai pusak dan bukannya kucing.

Ada juga teori lain yang mana menyatakan bahawa nama bandar Kuching diambil dari nama buah mata kucing. Seperti kita semua sedia maklum, buah mata kucing banyak tumbuh di serata kawasan Malaysia dan Indonesia. Alasan ini diambil sempena nama sebuah bukit yang ada di Kuching yang namanya adalah Bukit Mata Kuching.

Sementara itu, seperti yang telah ditulis oleh seorang wanita British kepada anaknya pada abad ke 19 yang menyatakan bahawa nama itu berasal daripada anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Kuching. Sungai tersebut terletak di kaki Bukit Mata Kuching dan di depan Tokong Tua Pek Kong.

Teori Asal Usul Nama Bandar Kuching Di Sarawak

Dalam tahun 1950, sungai itu telah menjadi sangat cetek kerana endapan lumpur yang berlaku di sungai dan akhirnya sungai itu kemudian telah ditimbus untuk membuat jalan.

Teori lain berkenaan dengan nama bandar Kuching di Sarawak ini adalah asalnya dari perkataan cina iaitu gabungan daripada perkataan Ku (古) dan Ching (井) yang memberi satu makna baru.

Perkataan Ku (古) membawa maksud lama dan Ching (井) pula bermaksud telaga. Jadi, gabungan dua perkataan cina yang membentuk nama Kuching itu membawa makna telaga lama.

Alasan untuk teori ini adalah di waktu zaman pemerintahan James Brooke, kawasan Kuching dikatakan sering ada masalah bekalan air bersih dan penyakit bawaan air sering berlaku di sana.

Dalam tahun 1888, sebuah wabak penyakit telah melanda bandar Kuching dan penyakit tersebut dikenali sebagai wabak Kolera. Oleh yang demikian, sebuah telaga yang terletak di atas Jalan Cina pada hari ini di kawasan Bazaar Utama digunakan untuk membantu memerangi wabak tersebut dengan menyediakan bekalan air yang bersih.

Teori mana satukah yang sebenarnya betul-betul benar?

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here