Teori Asal Usul Nama Negeri Johor

Tidak dapat disangkal lagi bahawa negeri Johor adalah merupakan antara salah sebuah negeri yang paling tua yang pernah menerima pengaruh Kerajaan Seriwijaya.

Negeri Johor ini cukup kaya dengan kisah dan cerita serta sejarahnya yang tersendiri. Tidak dinafikan lagi bahawa negeri Johor telah pun disebut-sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut catatan dalam prasasti bertarikh 1006 Masihi dan buku Undang-undang Siam dalam tahun 1438, negeri Johor telah disebut sebagai Wurawari atau Warawari atau Wawari.

Perkataan Wurawari atau Warawari atau Wawari dalam bahasa siam ini adalah perkataan yang membawa maksud kepada air yang cukup jernih dan ianya dituju kepada negeri Johor.

Mengikut catatan seorang pengarang Portugis bernama Godinho d’Eridia pula, Marco polo dikatakan pernah buat pelayaran dalam tahun 1292 menuju ke Hujung Tanah.

Teori Asal Usul Nama Negeri Johor

Nama tempat iaitu Hujung Tanah juga ada disebut di dalam Hikayat Jawa iaitu Negara Kertagana yang ditulis oleh Prapanca dalam tahun 1365.

Dalam hikayat tersebut, ia menyatakan bahawa negeri Johor disebut sebagai Negeri Ujung Tanah atau Hujung Madini kerana negeri Johor terletak di tanah yang paling selatan di benua Asia.

Mengikut pertuturan dikalangan saudagar yang singgah di negeri Johor, mereka menggelar negeri Johor sebagai Jantan atau Jantana atau Santana atau Tana yang juga membawa maksud sebagai Ujung Tanah.

Dalam buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang dalam tahun 1612, negeri Johor disebut dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor.

Teori Asal Usul Nama Negeri Johor

Dalam bahasa Siam, Johor disebut sebagai Gelangkyu dan orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai Galuh. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud batu permata.

Orang-orang Arab pula menggelar negeri Johor ini sebagai batu permata iaitu Jauhar dan ada teori yang menyatakan bahawa perkataan daripada sebutan Jauhar inilah yang diambil bersempena nama Johor dan kekal hingga sekarang.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

58 + = 67