Teori Asal Usul Nama Negeri Sabah

Asal-usul nama negeri Sabah dikatakan masih lagi kurang jelas dari mana datang dan sumbernya bahkan kenapa kawasan tersebut dinamakan sebagai negeri Sabah.

Oleh yang demikian, wujudlah beberapa teori yang timbul dari perkataan-perkataan yang kedengaran seakan-akan Sabah dan terdapat juga cerita dan keterangan disebaliknya untuk menggambarkan asal usul nama negeri Sabah.

Antara salah satu teori yang ada adalah berkenaan dengan merujuk kepada perkataan Saba. Perkataan saba ini adalah merujuk kepada sejenis tumbuhan iaitu pisang saba.

Dikatakan sewaktu kawasan negeri Sabah dibawah pemerintahan kesultanan Brunei, masyarakat dari kaum Bajau banyak menanam pisang jenis ini disekitar pantai barat negeri Sabah. Pisang saba ini juga turut dikenali sebagai pisang menurun oleh masyarakat tempatan.

Ada juga teori yang menyatakan bahawa nama negeri Sabah ini diambil dari satu perkataan melayu iaitu Sabahialah. Maksud perkataan sabahialah ini adalah hulu atau disebelah utara sungai. Hal ini diperkatakan sebegitu kerana lokasi negeri Sabah terletak di atas pusat pemerintahan kesultanan Brunei.

Teori Asal Usul Nama Negeri Sabah

Antara teori lain yang sering kita dapat dengar adalah nama Sabah ini asalnya datang dari perkataan sabak. Perkataan sabak membawa makna tempat dimana gula kabung yang diekstrak.

Dalam bahasa arab pula, perkataan Sabah membawa makna yang lain daripada yang lain iaitu terbitnya matahari. Alasan mengukuhkan teori ini adalah dengan menyatakan bahawa kawasan negeri Sabah yang terawal dapat melihat terbitnya matahari dari kawasan lain di sekitar nusantara.

Menurut tulisan Empu PrapaƱca tahun 1365 dalam bahasa Jawa kuno yang dikenali sebagai Nagarakretagama, kawasan negeri Sabah dirujuk sebagai nama Selundang.

Kehadiran pelbagai teori ini telah menjadikan ia amat sukar untuk menentukan alasan yang mana satukah yang menunjukkan asal sebenar buat nama negeri Sabah.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here