Teori Dan Asal Usul Nama Masjid Tanah Di Melaka

Pernahkah anda tahu tentang kewujudan Masjid Tanah di Melaka. Walaubagaimanapun, Masjid Tanah merupakan daerah berdekatan dengan Alor Gajah yang semakin membangun menjadi sebuah bandar yang makin dikenali ramai.

Asalnya, Masjid Tanah dikenali sebagai masjid yang dibina dengan menggunakan tanah liat yang berada di tepian sungai. Lokasinya terletak di dalam kawasan pekan Masjid Tanah.

Masjid Tanah ini dikatakan dibina oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat pada tahun 1800 an. Namun Hj Sulong bin Sibeng merupakan orang tempatan yang turut menjayakan pembinaan Masjid Tanah tersebut.

Seterusnya, sebelum adanya Masjid lain dikawasan Masjid Tanah, orang kampung seperti Kampung Durian Daun, Kampung Tengah dan beberapa kampung lain turut datang bersembahyang di Masjid Tanah tersebut.

Masjid Tanah ini pernah diubahsuai pada tahun 1951. Oleh yang demikian, Masjid Tanah ini menjadi tempat singgahan selepas masjid-masjid lain dibina.

masjid 2

Di samping itu, orang-orang tempatan di Masjid Tanah dikenali dengan loghat Hulu atau cakap Hulu. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem Suku atau Waris.

Namun akibat peredaran zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan. Seterusnya, terdapat pekan yang berada di Masjid Tanah dipanggil Simpang merujuk kepada pekan asal dimana mempunyai 3 simpang di hadapan jam besar Masjid Tanah.

Masjid Tanah juga semakin pesat membangun dengan projek-projek perumahan dan kemudahan seperti klinik dan sebagainya. Di pekan Masjid Tanah aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap telah sedia ada di pekan kecil ini.

masjid 1

Makin lama situasi daerah ini semakin membangun dari pelbagai segi. Mungkin ada di kalangan anda yang tinggal di daerah ini ingin berkongsikan dengan kami lebih lanjut tentang Masjid tanah dan kenangan sebelum terbentuknya Masjid Tanah era 2017 ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

63 − = 58