Teori Dan Asal Usul Nama Negeri Pahang

Pada zaman dahulu, negeri Pahang dikatakan mempunyai pelbagai nama. Ia dikatakan tidak mempunyai satu nama yang tetap untuk penggilan semua orang yang sering berdagang dan penduduk tempatan.

Pengarang dari China ada merekodkan nama negeri Pahang sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan beberapa lagi yang lain.

Dalam tahun 1225, Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi dan dalam buku tersebut beliau ada menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut negeri Pahang sebagai Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh.

G.R. Tibbetts yang merupakan seorang ahli sejarah ada mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas’udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang.

Teori Dan Asal Usul Nama Negeri Pahang

Beliau lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada pula setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli yang membawa maksud sebagai timah.

Dikatakan, orang Siam asli yang dulunya merantau ke kawasan ini dan kemudian membuka lombong bijih timah yang kebanyakannua terletak di kawasan Sungai Tembeling.

Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang terdapat sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.

Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura. Ia disebut sebagai Pahang Inderapura.

Teori Dan Asal Usul Nama Negeri Pahang

Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

Sumber:

  • Penerangan Pahang

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here