Teori Dan Asal Usul Nama Negeri Perlis

Amat menarik untuk ketahui asal usul nama buat sesebuah kawasan. Nama-nama yang diberikan terhadap satu kawasan sudah semestinya terdapat pelbagai cerita dan mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Perlis adalah merupakan negeri yang paling utara di semenanjung Malaysia dan satu ketika dahulu, kawasan negeri Perlis berada di bawah naungan kerajaan negeri Kedah.

Terdapat banyak bukti-bukti bahan pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu, Beseri yang menunjukkan kewujudan penempatan awal kawasan negeri ini satu ketika dahulu.

Jadi, pernahkah anda terlintas bagamana negeri Perlis diberi nama? Apakah maksud perkataan Perlis dan apakah cerita disebaliknya? Bersama ini, terdapat beberapa teori menarik untuk dirungkai bersama.

Teori pertama ada menyatakan bahawa dahulunya kawasan di negeri Perlis ini dikenali sebagai kayang atau kayangan. Nama Perlis ini diambil daripada nama seseorang individu yang bernama Tok Perlis.

Tok Perlis adalah seorang warga tua yang dikatakan amat warak dan dianggap seorang keramat. Beliau amat dihormati dan dikenali penduduk tempatan sehinggakan nama beliau diangkat sebagai nama negeri Perlis.

Antara teori lain yang ada berkenaan dengan asal usul nama negeri Perlis ini adalah berkenaan dengan perkataan dari bahasa siam iaitu Phrau Loi.

Perkataan Phrau Loi ini membawa makna sebagau kelapa hanyut. Kisahnya orang-orang siam sering menggunakan laluan sungai di Kuala Perlis untuk ke Kedah.

Mereka mendapati bahawa terdapat banyak kelapa hanyut yang ada di sungai tersebut. Lama-kelamaan, perkataan Phrau Loi turut digunakan oleh penduduk tempatan sehingga bertukar sebutan menjadi Perlis.

Teori ketiga yang menceritakan tentang asal dan usul nama negeri Perlis ini sebenarnya berasal dari perkataan melayu iaitu peroleh yang membawa maksud sebagai kurnia daripada kerajaan negeri Kedah.

Oleh kerana loghat penduduk tempatan di dalam kawasan negeri Perlis begitu pekat kedengarannya, semakin lama sebutan nama peroleh tertukar menjadi sebutan Perlis.

Teori ke empat pula merujuk kepada kawasan di negeri Perlis yang ada terlalu banyak pasir jerlus. Keadaan tanah yang lembut dan jika terdapat beban diatasnya, pasti akan tenggelam.

Lama-kelamaan, sebutan pasir jerlus menjadi gelaran perlus untuk kawasan sekitar negeri Perlis sehinggalah tertukar dengan sendirinya dari perkataan perlus hang menjadi Perlis.

Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato’ Yazid bin Mat dalam buku tulisan mereka iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat pula ada juga menyatakan bahawa nama negeri Perlis ini sebenarnya diambil dari nama kepada pokok iaitu Pokok Perlis yang satu ketika dahulu banyak tumbuh di kawasan negeri Perlis.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here