Teori Dan Asal Usul Nama Telipok Di Sabah

Pekan Telipok terletak di utara Kota Kinabalu dan ia berada dibawah seliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Pekan Telipok juga merupakan sebahagian dalam rancangan pembangunan bandar Kota Kinabalu atau sebahagian daripada kawasan metropolitan.

Secara asasnya, perkataan untuk nama Telipok ini berasal dari bahasa Dusun yang membawa maksud bunga teratai. Hal ini adalah kerana pada masa lalu, tasik dan parit di kawasan Telipok dipenuhi dengan bunga teratai.

Masyarakat Dusun menamakan pekan ini sebagai Telipok dan kampung yang paling dekat dengan pekan Telipok ini ialah Kampung Maruah Sumagid (kini sudah tiada kerana dibeli KKIP).

Majoriti penduduk sekitar kawasan Telipok ialah suku kaum Dusun, Sino, Cina, Bajau, Bugis, dan Suluk.

telipok-teratai

Kawasan Telipok ini juga dahulunya adalah kawasan perang ketika meletusnya Perang Dunia Kedua. Salah satu artifak perang yang ditemukan di kampung Maruah Sumagid ialah sebilah pedang samurai.

Mengikut cerita penduduk tempatan, pedang samurai tersebut sangat tajam sehinggakan jika kulit menyentuh di bahagian bilahnya boleh menyebabkan luka walaupun tersentuh perlahan.

Semasa Perang Dunia Kedua, kawasan Telipok telah dijadikan sebagai pengkalan gerakan Gerila Kinabalu yang dipimpin oleh Albert Kwok yang sangat aktif bergerak pada waktu malam menentang penjajahan Jepun.

telipok-sabah

Telipok juga mempunyai sejarah atau lagendanya yang tersendiri. Kisahnya terdapat seekor naga yang bersembunyi di sebuah gua yang terletak di Kampung Lama Mondou Telipok.

Mondou bermaksud naga dalam bahasa Kadazandusun. Ada yang menyatakan bahawa gua tersebut dipenuhi dengan emas namun ianya ternyata mitos selepas beberapa pihak telah jalankan kajian dan kini namun jalan masuk ke dalam gua tersebut tertutup akibat runtuhan batu.

Kampung Lama Mondou Telipok adalah merupakan antara kampung yang tertua di Telipok dan mempunyai lebih kurang 500 penduduk. Kampung ini sebelumnya diduduki oleh bangsa dusun, cina, sino, bajau sahaja, lalu pada tahun 2005, pendatang tanpa izin semakin banyak mendiami kampung ini.

telipok-sabah

Kampung ini amat terkenal disekitar Telipok kerana suatu ketika masa dahulu, ia mempunyai sebuah pasukan bola sepak yang paling handal. Kampung ini juga telah melahirkan ahli gusti lengan yang telah mewakili Malaysia. Kampung ini dilengkapi dengan sebuah dewaan serbaguna dan sebuah gelanggang futsal.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

33 − 26 =