Terowong Jalan Raya Pertama Di Malaysia

Genting Sempah adalah merupakan kawasan yang popular dan dikenali sebagai kawasan persinggahan di Bentong, Pahang. Lokasi kawasan ini terletak berhampiran dengan Genting Highlands.

Genting Sempah juga adalah merupakan salah satu pintu masuk untuk mereka yang ingin ke Genting Highlands atau ke kawasan Janda Baik. Uniknya tentang Genting Sempah yang ramai tidak tahu adalah terdapat sebuah terowong jalan raya pertama di Malaysia.

Terowong jalan raya di Genting Sempah adalah merupakan terowong jalan raya yang pertama dibina di Malaysia dan ia telah dibuka dalam tahun 1979. Lokasinya terletak di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak.

Terowong Jalan Raya Pertama Di Malaysia

Terowong jalan raya pertama di Malaysia ini dibina untuk menghubungkan antara kawasan Gombak, Selangor dengan Genting Sempah, Pahang dan ia dibina dengan sepanjang 900 meter.

Terowong Jalan Raya Pertama Di Malaysia

Tempoh pembinaan terowong jalan raya sulung negara ini mengambil masa selama 2 tahun yang mana pembinaan bermula sejak tahun 1977 dan siap dibina sepenuhnya dalam tahun 1979.

Terowong Jalan Raya Pertama Di Malaysia

Sejurus selepas siap dibina, terowong ini dibuka secara rasminya dalam tahun yang sama iaitu dalam tahun 1979 dan dirasmikan oleh bekas Menteri Kerja Raya dan Komunikasi iaitu Dato Abdul Ghani Gilong.

Terowong Jalan Raya Pertama Di Malaysia

Terowong jalan raya di Genting Sempah ini juga pernah dinobatkan sebagai terowong jalan raya yang paling panjang di Malaysia sebelum kedudukan tersebut dirampas oleh terowong SMART yang sepanjang 4 kilometer.

Terowong Jalan Raya Pertama Di Malaysia

Asalnya terowong ini bina sebagai terowong tunggal dengan dua lorong sahaja. Dalam tahun 1995, terowong tersebut telah dinaik taraf dari terowong tunggal dengan dua lorong kepada terowong kembar dengan empat lorong.

Terowong Jalan Raya Pertama Di Malaysia

Proses naik taraf terowong jalan raya pertama di Malaysia ini akhirnya siap dibina dalam tahun 1977 dan ia telah memudahkan rakyat yang melalui jalan tersebut untuk menjalani rutin harian.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

67 − = 58