Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Penerbangan 653 Malaysia Airlines (MH653) adalah sebuah pesawat Boeing 737-2H6 telah jatuh terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada satu petang bertarikh 4 Disember 1977.

Tragedi ini adalah merupakan kemalangan pertama dan yang paling buruk pada waktu itu buat Malaysia Airlines dengan meragut kesemua 93 penumpang serta 7 anak kapal.

Penerbangan 653 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dari landasan 22 tepat jam 7:21PM untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang kini dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Penumpang dalam penerbangan tersebut termasuk Menteri Pertanian Malaysia iaitu Dato Ali Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Kerja Raya iaitu Dato Mahfuz Khalid dan Duta Besar Cuba ke Malaysia. Juruterbang pesawat tersebut ialah Kapten G.K. Ganjoor.

Pada jam 7:54PM, sewaktu berada pada altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang dan sedang menurun menuju landasan 33, Kapten G.K. Ganjoor telah melaporkan kehadiran perampas yang tidak dikenali ke Menara Subang.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Pihak lapangan terbang menerima laporan daripada Kapten G.K. Ganjoor dan seterusnya mereka telah buat persiapan kecemasan di Lapangan Terbang Subang.

Beberapa minit kemudian, Kapten G.K. Ganjoor berkata melalui radio, “We’re now proceeding to Singapore…”. Namun Pesawat MH653 tidak pernah mendarat di Singapura selepas itu.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Pada jam 8:15PM, semua hubungan komunikasi antara pihak lapangan terbang dengan penerbangan MH653 telah terputus sepenuhnya. Pada jam 8:36PM, penduduk di Kampong Ladang, Tanjong Kupang, Johor telah melaporkan bahawa mereka telah terdengar bunyi letupan dan melihat bangkai pesawat yang terbakar di kawasan paya.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Bangkai pesawat tersebut akhirnya telah dikenalpasti sebagai pesawat MH653. Pesawat tersebut telah terhempas jatuh menjunam ke bumi pada kelajuan yang tinggi pada sudut yang hampir menegak.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Tiada seorang pun daripada kesemua 93 orang penumpang bersama dengan 7 orang anak kapal yang berada di dalam pesawat itu terselamat daripada nahas ngeri tersebut.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Kesemua mayat anak kapal dan penumpang telah dijalankan pemeriksaan sinar X untuk mencari tinggalan projektil ataupun senjata. Malangnya, tiada satu pun senjata yang dijumpai.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Kesemua mayat mangsa nahas penerbangan MH653 di Tanjung Kupang, Johor telah dikebumikan di dalam satu liang lahad besar. Tapak peringatan nahas tersebut terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Tragedi Buruk Pertama Malaysia Airlines Di Tanjung Kupang, Johor

Tapak peringatan tersebut dikenali sebagai Taman Peringatan Tanjung Kupang dan ia telah didirikan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tarikh 8 Disember 1977 iaitu 4 hari selepas tragedi tersebut berlaku.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here