Universiti Malaya, Universiti Pertama Ditubuhkan Di Malaysia

Penceritaan tentang Universiti Malaya ini boleh dikesan sehingga ke Singapura iaitu dari Kolej Perubatan King Edward VII yang ditubuhkan dalam tahun 1905 dan Kolej Raffles yang ditubuhkan dalam tahun 1928.

Pada tarikh 31 Mac 1949, Majlis Perundangan Persekutuan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Rang Undang-Undang Penubuhan Universiti Malaya.

Kolej Perubatan King Edward VII dan Kolej Raffles ini kemudian telah bergabung menjadi sebuah universiti dan ia dikenali dengan nama Universiti Malaya sejak pada tarikh 8 Oktober 1949.

Dengan penubuhan universiti ini adalah sejajar dengan kehendak-kehendak yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Carr-Saunders.

Universiti Malaya, Universiti Pertama Ditubuhkan Di Malaysia

Rang Undang-undang ini kemudiannya telah ditandatangani oleh Pesuruhjaya Agung British di Asia Tenggara, Mr Malcom MacDonald selaku Canselornya yang pertama.

Dato Onn bin Jaafar, Menteri Besar Johor pada waktu itu telah dilantik sebagai salah seorang daripada Pro-Canselornya. Naib Canselornya yang pertama ialah Dr G. V. Allen.

Universiti Malaya, Universiti Pertama Ditubuhkan Di Malaysia

Sebagai sebuah universiti yang pertama di negara ini, penubuhannya telah disambut dan amat dialu-alukan oleh semua golongan masyarakat yang ada dalam negara.

Rang Undang-undang Penubuhan Universiti Malaya itu dianggap sebagai yang paling progresif dan mempunyai implikasi yang menyeluruh dan dinamik kepada perkembangan pelajaran di Tanah Melayu pada keseluruhannya.

Upacara yang menandakan kewujudan Universiti itu telah dilakukan pada 8 Oktober 1949 di Dewan Raffles College, Singapura apabila Raffles College dan King Edward VII College of Medicine diisytiharkan sebagai sebahagian daripada Universiti Malaya, sebagaimana yang diperlembagakan dalam Rang Undang-undang penubuhannya.

Kerja-kerja pembinaan bagi jangka masa sepuluh tahun yang pertama dianggarkan menelan belanja sebanyak $3 juta, sementara perbelanjaan rencam untuk jangka masa yang sama ialah $5 juta sehingga kini.

Dalam tahun 1959, universiti ini kemudian telah berpecah kepada dua bahagian. Satu daripadanya terletak di Singapura yang kini dikenali sebagai Universiti Nasional Singapura dan satu lagi di Kuala Lumpur dengan mengekalkan nama Universiti Malaya.

Universiti Malaya, Universiti Pertama Ditubuhkan Di Malaysia

Oleh yang demikian, dengan secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962 dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

68 − = 67