Usop Sontorian, Siri Animasi Pertama Malaysia

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang tidak asing lagi buat generasi terdahulu yang pernah disiarkan di RTM sejak dari tahun 1996 sehingga tahun 1998.

Siri animasi Usop Sontorian yang menjadi kegilaan kanak-kanak zaman 1990 an ini telah dicipta oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd.

Menariknya, Usop Sontorian adalah siri animasi yang diadaptasi daripada watak kartun yang dicipta oleh kartunis Ujang sendiri yang telah dimuatkan dalam majalah Ujang.

Apa yang cukup membanggakan, siri animasi Usop Sontorian telah menerima pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai Siri Animasi Pertama di Malaysia.

Usop Sontorian, Siri Animasi Pertama Malaysia

Bukan sekadar di Malaysia, Usop Sontorian juga telah disiarkan di beberapa buat negara di seluruh dunia. Dalam tahun 2009, siri animasi Usop Sontorian telah disiarkan semula di TV9.

Idea untuk menerbitkan siri animasi Usop Sontorian ini datang daripada Ibrahim Anon yang dikenali sebagai Ujang dan Othman Yusof setelah menubuhkan Kharisma Pictures dalam bulan Oktober 1993.

Usop Sontorian, Siri Animasi Pertama Malaysia

Usop Sontorian kemudiannya telah dijadikan sebagai sisipan dalam majalah Ujang sebelum ia dijadikan sebagai sebuah siri animasi televisyen yang menjadi kegilaan kanak-kanak generasi tersebut.

Buat mereka yang tidak tahu, Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor.

Usop tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula selalu berbasikal keliling kampung untuk mencari adiknya si Usop.

Usop Sontorian, Siri Animasi Pertama Malaysia

Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh adalah watak lain yang ada dalam siri animasi ini dan mereka adalah kawan sebaya kepada Usop. Tidak lupa juga tentang seekor ayam dimiliki oleh Usop yang bernama Selebet.

Siri animasi Usop Sontorian telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan pada waktu itu iaitu Datuk Seri Mohamed Rahmat pada tarikh 20 Januari 1996 di PWTC, Kuala Lumpur.

Usop Sontorian, Siri Animasi Pertama Malaysia

Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah tersendiri apabila ia telah menerima sambutan hangat daripada masyarakat Jepun sewaktu ditayangkan di Festival Animasi Asia (Hiroshima) dalam bulan Jun 1996.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

51 − 49 =