Wang Kertas Siri Pertama Di Malaysia

Wang kertas Malaysia yang mula-mula sekali dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah dalam bulan Jun 1967 dan wang kertas tersebut terdiri daripada lima jenis nilai muka yang berlainan.

Antara 5 jenis nilai muka wang kertas Malaysia pada waktu ia diperkenalkan buat kali pertama adalah $1, $5, $10, $50, $100 dan wang kertas jenis nilai $1,000 telah dikeluarkan pada tarikh 2 September 1968.

Reka bentuk asas wang kertas siri pertama di Malaysia ini adalah sama bagi semua jenis nilai wang kertas yang telah diwujudkan melainkan warna dan beberapa perbezaan lain yang dapat dilihat.

Muka hadapan setiap wang kertas siri pertama ini menggambarkan potret Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia.

Wang Kertas Siri Pertama Di Malaysia

Antara ciri-ciri asas pada permukaan depan wang kertas yang ada adalah perkataan sah diperlakukan, nilai mukanya dan tandatangan Tun Ismail bin Mohamed Ali iaitu anak Malaysia yang pertama menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia.

Wang Kertas Siri Pertama Di Malaysia

Manakala ciri-ciri asas pada permukaan belakang wang kertas siri pertama ini mengandungi logo Bank Negara Malaysia dan latar belakangnya dihiasi reka bentuk geometri.

Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas siri pertama buat Malaysia ini adalah termasuk tera air kepala harimau yang terletak di sebelah kiri dan benang keselamatan di sebelah kanan.

Wang Kertas Siri Pertama Di Malaysia

Berikutan dengan pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru buat Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972 yang banyak mengubah ejaan dari perkataan rasmi dalam bahasa melayu, wang kertas siri pertama juga turut terkesan dengan perubahannya.

Wang Kertas Siri Pertama Di Malaysia

Bank Negara Malaysia yang menggunakan sistem ejaan lama kemudian telah menggunakan sistem ejaan baharu dalam percetakan wang kertas seterusnya dengan masih mengekalkan reka bentuk yang sedia ada.

Wang Kertas Siri Pertama Di Malaysia

Dalam awal tahun 1982, wang kertas bernilai $1, $5, $10, $50, $100 dan $1000 dikeluarkan dengan tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia yang kedua iaitu Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Taha.

Wang Kertas Siri Pertama Di Malaysia

Ciri-ciri lain dan coraknya adalah sama seperti wang kertas yang dikeluarkan antara tahun 1967 hingga 1982.

Rujukan:

  • Warisan Numismatik Malaysia

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here