Warta Melayu, Akhbar Pertama Dalam Tulisan Jawi

Pada tarikh 23 Mac 1898, keluaran sulung akhbar berbahasa Melayu dalam tulisan jawi iaitu Warta Melayu telah diterbitkan dan ia telah menjadi satu peristiwa yang cukup bersejarah dalam negara kita.

Akhbar Warta Melayu yang menjadi perbualan ramai sejak ia diperkenalkan ini telah diterbitkan dan dicetak di Singapura oleh sebuah syarikat iaitu American Machine Press Singapura.

Warta Melayu diterbitkan dengan sebanyak 8 halaman dan mempunyai pelbagai berita yang ada di dalam dan di luar negeri. Antara segmen yang ditekankan dalam akhbar tersebut adalah Khabar Negeri Asing, Khabar Negeri Melayu, Khabar Singapura dan Khabar Pulau Pinang.

Berita yang ada di dalam Warta Melayu meliputi cerita dan berita tentang peperangan dan pergolakan politik yang telah berlaku di dalam dan diluar negeri serta dunia.

Warta Melayu, Akhbar Pertama Dalam Tulisan Jawi

Apa juga perbicaraan tentang soal agama dan berita asas komuniti serta cerita penglipur lara yang telah diterjemahkan dari bahasa Cina dan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dalam tulisan jawi.

Antara ciri unik yang ada dalam akhbar Warta Melayu ini adalah terdapat satu ruangan pengenalan yang ditulis oleh pengarang namun nama pengarang tidak diketahui kerana tidak ditulis pada lembarang artikel.

Sejak keluaran bulan Ogos 1898, surat khabar Warta Melayu ini mula bercorak komersial dengan wujudnya iklan-iklan perniagaan tempatan. Penerbitan Warta Melayu tidak tetap kerana pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi oleh pihak pengurusan pada waktu itu.

Kemunculan Warta Melayu dalam arena surat khabar dalam negara sedikit sebanyak telah membuka pandangan serta pemikiran orang Melayu terhadap perubahan yang telah berlaku dalam negara, dunia dan keadaan sekeliling.

Warta Melayu, Akhbar Pertama Dalam Tulisan Jawi

Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kemudian telah mengubah akhbar ini dari tulisan jawi kepada tulisan rumi. Dari akhbar biasa kemudian Warta Melayu telah menjadi sebuah akhbar rasmi kepada Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

6 + 3 =