Yang Di-Pertuan Agong Ke 16

Al-Sultan Abdullah Al-Haj telah diputerakan pada tarikh 30 Julai 1959 di Istana Manggal Tunggal, Pekan, Pahang sewaktu zaman pemerintahan paduka nenda baginda iaitu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah (Sultan Pahang ke 4).

Paduka ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah sebagai Tengku Mahkota Pahang pada waktu itu adalah merupakan paduka anakanda ketiga kepada Sultan Abu Bakar dengan Raja Hajjah Fatimah (Anakanda Sultan Perak ke 30).

Yang Di-Pertuan Agong Ke 16

Baginda Al-Sultan Abdullah Al-Haj dipanggil dan digelar sebagai Lam oleh kaum kerabat terdekat keluarga baginda. Baginda ialah paduka anakanda keempat daripada tujuh adik-beradik.

Kakanda paling tua baginda ialah Tengku Meriam. Baginda ialah paduka putera sulung buat Sultan Ahmad Shah Sultan (Sultan Pahang ke 5) dan seorang lagi putera ialah Tengku Muda Pahang.

Baginda Al-Sultan Abdullah Al-Haj menerima pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sejak kecil lagi Baginda amat aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw. Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.

Baginda melanjutkan pengajian tingginya di United Kingdom dengan memasuki Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School sejak dari tahun 1975 hingga tahun 1978.

Yang Di-Pertuan Agong Ke 16

Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Davies College, London – Advance School selama dua tahun. Seperti mana-mana kerabat diraja di seluruh dunia, baginda turut memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst selama dua tahun.

Baginda dianugerahkan pangkat Leftenan Muda oleh Ratu Elizabeth II. Pada tahun 1981, baginda menuntut ilmu di Worcester dan Queen Elizabeth College dengan mengambil Hal Ehwal Luar Negeri dan Diplomasi.

Pada 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Yang Di-Pertuan Agong Ke 16

Sebelum diangkat menjadi sultan, bagindalah pemegang gelaran putera mahkota kedua paling lama hampir 44 tahun dalam kalangan pewaris takhta di seluruh dunia hanya di belakang Charles, Putera Wales.

Al-Sultan Abdullah Al-Haj diangkat menjadi Pemangku Raja apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong. Selepas kegeringan ayahandanya, Al-Sultan Abdullah Al-Haj secara rasmi memangku takhta negeri sebagai Pemangku Raja Pahang bermula 2017.

Yang Di-Pertuan Agong Ke 16

Berikutan dengan itu, baginda menghadiri majlis-majlis rasmi dan istiadat-istiadat istana bagi menggantikan ayahandanya Sultan Ahmad Shah Sultan (Sultan Pahang ke 5).

Pada 11 Januari 2019, baginda telah dlantik oleh Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke 6 berkuat kuasa pada hari tersebut.

Yang Di-Pertuan Agong Ke 16

Baginda kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke 251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 16.

Yang Di-Pertuan Agong Ke 16

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengangkat sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here