Yap Ah Loy, Kapitan Cina Ketiga Kuala Lumpur

Pada tarikh 15 April 1885, seorang kapitan cina yang ketiga bernama Yap Ah Loy dan beliau cukup terkenal di Kuala Lumpur ditakdirkan telah meninggal dunia.

Seperti pemuda cina yang lain, Yap Ah Loy datang ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang baru. Beliau tiba di Melaka dalam tahun 1854 sewaktu berusia 17 tahun.

Kemudian, Yap Ah Loy menceburkan dirinya dalam perbagai bidang sebelum beliau dilantik menjadi sorang Kapitan Cina di Sungai Ujung. Kapitan Cina ini pada asalnya adalah merupakan satu gelaran Portugis untuk wakil penempatan Cina.

Setelah Yap Ah Loy dilantik menjadi Kapitan Cina Sungai Ujung, beliau bersahabat dengan Kapitan Cina Kuala Lumpur iaitu Liu Ngim Kong merangkap kapitan cina yang ke dua di Kuala Lumpur.

Yap Ah Loy, Kapitan Cina Ketiga Kuala Lumpur

Dalam tahun 1862, Yap Ah Loy berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang pengurus lombong kepunyaan Kapitan Liu Ngim Kong. Pada bulan September 1868, Yap Ah Loy dipilih untuk menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur bagi menggantikan Liu Ngim Kong yang meninggal dunia.

Yap Ah Loy tidak disukai sebagai pengganti Liu Ngim Kong, namun mendapat sokongan daripada Sultan Puasa yang punyai pengaruh yang cukup kuat di Kuala Lumpur telah mengukuhkan kedudukan beliau.

Beliau berusaha bersungguh-sungguh dalam untuk memajukan Kuala Lumpur. Dengan bantuan pengiring serta sekutu beliau yang merupakan orang Melayu berjaya mendamaikan kacau bilau antara pelombong Cina Kanching di Kuala Lumpur.

Kekacauan antara pelombong ini sebenarnya adalah perbalahan antara kongsi gelap antara kumpulan Ghee Hin dan Hai San. Beliau juga berjaya mengatasi banyak masalah pengangguran dengan membuka lebih banyak lombong-lombong baru.

Dalam tahun 1866, bandar Kuala Lumpur mula bertambah maju dan menjadi rebutan di antara orang-orang besar Selangor dan puak kongsi gelap Cina. Perang saudara Selangor telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban hingga melumpuhkan Kuala Lumpur turut meletus hingga ke tahun 1873.

Yap Ah Loy bersama-sama dengan Tengku Kudin serta pihak Inggeris dibawah Van Hagen mempertahankan Kuala Lumpur daripada serangan Raja Mahadi, Syid Mashhor dan Raja Asal.

Pada akhir bulan Ogos 1872, Yap Ah Loy terpaksa melarikan diri dan tinggal di Kelang serta dijaga oleh Tengku Kudin selama lebih dua bulan. Pada 15 November 1872, Yap Ah Loy bersama-sama Tengku Kudin dan 2,000 pengikut memulakan serangan balas.

Serangan balas tersebut adalah untuk merampas semula Kuala Lumpur . Pada 18 November 1872, kawasan Petaling jatuh ke tangan mereka dan mula mara ke arah Kuala Lumpur yang sedang dilanda banjir.

Yap Ah Loy, Kapitan Cina Ketiga Kuala Lumpur

Selepas 4 bulan iaitu dalam bulan Mac 1873, berlaku perang besar di Kuala Lumpur apabila pasukan perang Pahang tiba untuk merampas kembali Kuala Lumpur yang mana telah diketuali oleh Imam Perang Rasu (To’ Raja), Orang Kaya Chenor dan Orang Kaya Lipis.

Akhirnya, Kuala Lumpur berjaya dirampas kembali dalam akhir bulan Mac 1873 setelah berlaku pertempuran yang amat sengit dan ngeri yang berlaku dalam dua hari serta dua malam.

Setelah Kuala Lumpur berjaya dirampas semula, Yap Ah Loy berusaha memujuk semula orang-orang yang telah lari dari sana untuk kembali dan bekerja di lombong-lombong besar bijih timah.

Beliau juga berjaya memujuk para pemodal untuk melabur modal dalam perusahaan perlombongan di Kuala Lumpur. Masalah bekalan makanan juga telah berjaya diatas dengan membuka kawasan tanaman padi di kawasan Cheras dan Kajang.

Sewaktu Frank Swettenham menjadi Residen British di Selangor, bandar Kuala Lumpur dipulihkan semula. Berkat bantuan saudagar-saudagar dari negeri-negeri selat serta pegawai British yang mentadbir Selangor, akhirnya Kuala Lumpur dimajukan semula.

Yap Ah Loy, Kapitan Cina Ketiga Kuala Lumpur

Namun, Yap Ah Loy tidak sempat untuk melihat Kuala Lumpur berkembang pesat dengan lebih maju kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan. Kesihatan beliau mula terganggu akibat dari penyakit bronchitis dan jantung akhirnya meninggal dunia.

Rujukan:

  • Sejarah Selangor, Buyong Adil, hal. 118

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi sejarah.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here